Followers

About


Sukak lungo dholan-dholan 
Sukak jikok tangkep gambiran 
Wak punya sukak laaa..

wakgelas@yahoo.com

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Apekah kate blogger laenns?

Satu nama besar dalam dunia blogging.
Beliau aku kenal dah lama.
Daripada tidak berwajah.
Kepada berwajah.
Daripada blog Tunbegia ke Fotolumayan.
Daripada Hajimete ke Wak Gelas.
Dia jugalah antara yg mula2 memberi komen diblogku.

Mula2 dulu dia rajin bercerita tentang kehidupannya.
Tentang diari kehidupannya.
Hidup bujang di Kuala Lumpur.
Lepas tu dia beralih ke dunia fotografi.
Skil fotografinya macam professional.
Banyak betul projek2 dia buat.
Projek yang mencabar keupayaan diri.
Projek mengejar sunrise dan sunset.
Projek 50mm.
Projek 365 hari.
Projek pusing satu Malaysia.
Pendekata ada aje projek baru dia.
Meriah betul blog beliau masa itu.

Tapi projek terbaik ialah projek Travelog Haji beliau.
Gambar2 dia ambil semasa di Mekah sangat cantik.
Cerita semasa di Mekah pun sama cantiknya.
Aku seolah2 turut berada disana bersamanya.

Balik dari Mekah.
Dia berubah arah.
Bermula dengan projek hantar gambar ke majalah2 fotografi.
Diikuti dengan menyertai geng Nikon diseluruh Malaysia.
Lepas tu dia banyak masuk pertandingan  fotografi.
Diikuti dengan pertandingan yang lain2.
Bermacam2 pertandingan dia masuk.
Kebanyakkannya dia menang.
Macam2 hadiah dia dapat.
Daripada hadiah saguhati ke hadiah utama.
Daripada hadiah murah ke hadiah mahal.
Aku sangat kagum dengan ketekunannya.
Dan kini dia ada projek baru.
Hendak menawan Gunung Kinabalu.

Sabtu minggu lepas.
Pagi2 lagi dia hantar message kat aku.
Dia nak pergi panjat Gunung Pulai.
Dia kata nak singgah berjumpa denganku.
Maklumlah aku kan dah popular sekarang.
Akhirnya pada tengahari hari Sabtu.
Dapat aku berjumpa dengannya.
Walaupun pertama kali berjumpa.
Rasa seperti dah kenal lama.

Wak Gelas™.
Terima kasih.
Semoga persahabatan akan kekal terjalin.
Saya menunggu gambar sunrise dari Gunung Kinabalu.